Wednesday, June 03, 2015

Jakarta - Parlimen Bersidang Day 2 - Taman Safari Indonesia

Assalamualaikum, Hoi hai.

Entah dah berapa kali dah entry ni tersimpan dalam draft. Mari gigihkan diri hari ni. 


Kali ni kami keluar seawal jam 7 pagi untuk turun breakfast. Breakfast was adequate. Ada non-halal portion too. Worry not, non-halal menu diorang letak ditempat khas dihujung penjuru. Mostly yang turun breakfast were Indonesians. Mungkin from the other part of Indonesia kot.

Datin Maimon duduk depan sebab cepat pening katanya
8 am sharp Pak Supir dah setia menunggu depan hotel. Kitorang akan ke Taman Safari Indonesia yang terletak di Bogor. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam. Gigih nak ke sana untuk tengok haiwan padahal Zoo Negara pun tak pergi. Dan sebab yang paling jujur adalah kerana Running Man pun pernah datang sini wei. Seperti biasa kami kurang berinteraksi dengan supir. Jadi hanya berborak sesama kitorang ataupun tidur untuk kill the time. Haha.


Sebelum masuk ke Taman Safari, pak supir berhentikan kitorang untuk beli sedikit sayur sayuran untuk diberi kepada haiwan haiwan. Mahap tak tercatit pulak harga sayur sayur yang kitorang beli. Bargain itu ada perlu juga.

Entrance fees are as per below:

Telengkan kepala sikit untuk tengok dengan lebih jelas :P
Total kitorang bayar Rp1,365,000 termasuk entrance fee untuk supir & caj bawa kereta. Tak pasti kalau diorang ada tak provide kenderaan diorang sebab memang wajib pakai kenderaan untuk tengok haiwan haiwan ni.




Basically haiwan-haiwan dalam ni dilepas bebas mengikut habitat diorang. Dan kita tidak dibenarkan untuk keluar dari kereta sepanjang perjalanan ni ye. Lagi lagi kat area binatang buas macam harimau tu. Tidak dibenarkan untuk turunkan tingkap pun. Imagine sapa pegi night safari. Best ke haru?

Paling kelakar masa ni bila tuan tanah yang beriya nak pergi sini tapi bila sampai sini satu haiwan pun tuan tanah tak beri makan. Ya Allah punyala takut nak hulur carrot sebab konon konon takut rusa tu ngap tangan doraemon tuan tanah. Ada sekali tu agaknya supir tu nak buat kelakar. Dia turunkan tingkap tempat tuan tanah dari depan. Terkejut sampai bangun nak langkah duduk depan dengan datin maimon. Tu dia penangan orang penakut. Bila dah balik ni rasa nak hantuk kepala kat dinding je. Punyala rugi tak bagi haiwan haiwan tu makan. Adakah tuan tanah ini zoophobia? Kucing juga tuan tanah takut ye. Sekian terima kasih.


Percubaan si abalong tenyeh carrot kat tingkap. Jadi zebra ni duk jilat jilat tingkap tempat tuan tanah. Level geli tengok air liur kering kat tingkap tu sampai rasa nak suruh supir singgah cuci kereta tau. Mujur petang tu hujan lebat.


Orang Utan tengah training & pisang sebagai habuan



Yang ni rasa super cool. Turun bukit nampak macam sungai (read: air mengalir) dan terus ke sungai sebenar. Kagum. Berapa lama diorang perlu tunggu untuk dapat hasil nampak semula jadi macam ni.

Lepas hampir sejam tengok haiwan, supir berhentikan kitorang di kawasan amusement park. Ada few games yang macam biasanya ada kat funfair khas untuk pengunjung yang datang bersama anak anak. Sangat sesuai la kalau keluarga bercuti datang ke sini. Cuma entrance mahal sikit lah. Tapi harga tiket tu untuk all in. Jadi berbaloi sangat kalau nak tengok benda baru. Disarankan bawa la extra baju sebab ada juga waterpark kat sini.



Tiket ni korang kena pakai untuk tengok mana mana exhibitions & main apa apa game.


Jalan jalan sekitar sini sebab nak tunggu jam 1pm untuk pertunjukan ikan lumba lumba. Nampak tak cable car warna hijau kat bahagian atas belah kanan gambar ni? Pehh sayup je tengok. Kecil & tak nampak canggih. Semua pakat takmau naik sebab nampak tak meyakinkan. 


Managed to get a good seats for dolphin show




One of kaklong's best day. U can take picture with the dolphins for Rp5000 rasanya. 

Sebenarnya lepas tu ada banyak lagi show yang boleh tengok, since kitorang kan kesuntukan masa & terhegeh hegeh nak cuba habiskan semua tempat dalam itinerary. We decided untuk keluar dari sini & terus menuju pulang ke Jakarta.

Imagine pergi sini 2 jam. Balik pula ambil masa 4 jam. 4 jam wei. Dah sampai HK kalau naik katebang. Hiks. Mungkin faktor hujan pun ye dan hari jumaat. Weekend is coming kan. 

Oklah, sambung next entry ye. Till then. 

Tuesday, May 12, 2015

Jakarta - Parlimen Bersidang Day 1 - Part 2

Assalamualaikum, hello!


Lepas bersihkan badan & solat kitorang siap siap turun untuk ke destinasi seterusnya. Percayalah kaki ni dah berat nak tinggalkan bilik. Wifi super laju tu sayang nak ditinggalkan. Tapi harus tabahkan diri sebab kita dah hired supir kan. Rugilah kalau lepak lepak dalam bilik je. Lokasi pertama kami untuk singgah di ITC Kuningan. 

Sebenarnya 3 tahun lepas kaklong & I pernah datang sini untuk ke satu factory outlet nama Premium Factory Outlet. Kaklong memang suka jengah kedai kedai gini. Untuk sampai ke ITC Kuningan ni sudah pastinya makan masa gak la sebab peak hour orang balik kerja. Entahlah jem kat Jakarta ni memang boleh buat stress. Nak pergi like 4km je. Tapi macam jalan kaki lagi laju. Tapi kang tercabut pulak tempurung lutut. Hehehe. Anyway kalau nak tahu, ITC Kuningan ni macam ala ala ITC Mangga Dua atau kalau di Malaysia macam ala ala Plaza Alam Sentral kat Shah Alam tu. Tau dak? Boleh imagine dak?  

Sebelum cari FO tu kami decided nak beli simkad. Since kami disini tak boleh hidup tanpa internet ala ala jutawan, takat beli simkad tu apa la sangat. Dalam banyak banyak kedai, kami pilih singgah di kedai yang pekerjanya wanita berhijab. Gituh memilih kan. Tapi sayang seribu kali sayang. Kerja kedai handphone tapi lemah! 4 orang punya simkad pun ambil masa almost 2 jam. Ada ke patut tengok dia godek godek telepon, tanya apa dia tengah cari. Dia tengah cari maximum of unlimited data. I iz pasrah. Apa lagi bos nya marah lah kan. Lagi pelik dia suggest kami beli simkad company XL. So 3 of us nak pakai tu simkad XL dan kaklong nak pakai Mentari kot. Katanya lebih sesuai dengan iphone. Bila tanya pekerja tu, dibilangnya "oh simkad yang ini saya enggak tahu gimana activate nya" Mampu ko? Itu yang makan berejam.


Nah belanja gambar pekerja yang duk godek hp untuk cari berapakah maximum of Unlimited Data dan muka kaklong stress pasal simkad. EPIC.

Dah berjaya settle dapat simkad, hati memanglah happy gila bila tengok messages dari whatsapp masuk bertalu talu. YES! Im back! Hahaha. Sambil sambil tu kami duk la cari direction board untuk cari kedai FO tu. Nan hado uols. Dalam masa sama gak jam dah 9pm, pekedai dah mula nak tutup kedai. Dah cuba naik turun escalator masih tak jumpa. Terus kecewa & call supir untuk kami semula di main entrance. Kesian kaklong. Nak sedapkan hati kitorang katala akan cuba selitkan dalam esok esok punya itinerary. Tapi memang tak sempat wei. Sekarang dah google balik rupanya FO tu bukan dalam ITC Kuningan. FO tu dalam Mall Ambassador yang connected with ITC Kuningan. cis cis. Takpalah. Mungkin kami harus usahakan ke sana lagi mungkin? **hint hint**

Next kitorang minta supir bawa kami ke FX Mall. Time ni dah jam 10. Pelik agaknya supir ni dalam hati. Jam dah 10 tapi bebudak ni nak ke FX Mall pulak. Kami sebenarnya nak pi Inul Vizta. Tapi segan nak cakap. Padahal bukan buat jahat pun. Dengar dari kawan kawan, pusat karaoke Inul Vizta ni ada sediakan markah lepas nyanyi. So feeling feeling macam dalam Running Man la kami. By the way, harga karaoke kat sini bukan per person, tapi ikut jenis bilik & berapa jam korang nak guna.  


Kitorang decide untuk menyumbangkan suara selama 2 jam dan sekali makan malam berjemaah dalam ni. Jam yang pertama yelah bertenaga, masuk je jam kedua semua sebenarnya dah start mengantuk. Tambah tambah perut dah kenyang. Boleh tertidur siap sementara tunggu giliran menyanyi. Dah rasa berumur sangat bila jam 12 dah mengantuk macam dah 2 hari tak tidur. Kos karaoke & makan untuk 4 orang malam tu Rp613,000. 

Jumlah yang kami spent untuk hari pertama:

Fuel : Rp250,000
Tol  : Rp14,000
Lunch : Rp300,000
Tips : Rp10,000
Karaoke & Dinner : Rp613,000
Parking : Rp34,000

Total: Rp1,221,000

Simkad bayar sendiri sendiri. Tuan tanah bayar Rp78,000 untuk unlimited data selama seminggu dan topap dalam tu berapa tah untuk sms datin. Ye datin takdak whatsapp. Tapi cukupla sepanjang kat sana. 

Lastly, nah kakjem belanja gambar abalong syok sendiri dalam bilik karoke.  Till then.


p/s: Dah nak bertunang dah pun. 





Wednesday, May 06, 2015

Jakarta - Parlimen Bersidang Day 1 - Part 1

Sebelum memulakan entry tentang percutian singkat tuan tanah pada bulan Januari lepas, jom kita sama sama sedekahkan Al-Fatihah untuk mangsa-mangsa kemalangan di lebuhraya Duke tempoh hari. Semoga anak anak yang ditinggalkan mendapat segala kasih sayang & perhatian dari keluarga terdekat. Tak sampai hati rasanya nak mengharapkan supaya diorang tabah. Even myself, I lost my father at the age 29 & I was not strong at all. Imagine depa yang masih kecil kehilangan kedua ibu bapa. Dan mungkin atas kelalaian orang lain. Mungkinlah. So brothers & sisters, (and reminder to myself too), drive carefully. Cucuk cucuk belakang kereta depan tu so not cool. I always terfikir korang tau ke pattern driver kereta depan tu brake? Kot dia jenis brake dari jauh, kot dia jenis cepat panik tengok kereta cucuk siap dengan high beam. Yes kereta awak canggih, harus bawak laju. Kalau awak mampu pakai kereta mahal, takkan tak mampu sewa litar kot? Dan kepada yang takat bawak kenari macam kakjem ni, rentikan la nak bawak 180kmj. Bersepai satu satu spare parts kereta tahu??!

...................................................................................................................................................................

Ok back to the topic uols. Tuan tanah & 3 orang kawan telah mencemar duli ke Jakarta pada 29hb Januari sampai 1hb Februari. Macam biasalah. Tuan tanah kan beli tiket sambil tutup mata. Lepas dah beli baru perasan 1 Februari (Ahad) Hari Wilayah Persekutuan so akan bawa cuti ke Isnin. Dan 3hb (Rabu) pulak Hari Thaipusam. So DJ boleh la ko confirmkan tuan tanah memang style beli tiket tutup mata. Orang ada ada la katakan hehehe. 


Memulakan perjalanan dengan menggunakan KLIA Express untuk ke KLIA2. Hebak sungguh rasanya. It took about 28 minutes to get there for RM35. Pretty awesome if you live nearby KL Sentral atau ada orang boleh hantarkan. Tuan tanah ada few options sebenarnya. Perkhidmatan Aerobus juga dah ada dari Premiere Hotel, Klang dengan harga RM13. Tapi untuk tuan tanah naik bas sorang sorang waktu subuh gajah tu memang idokler. 


Nah muka muka ahli parlimen yang bersidang di Jakarta. Sebelah tuan tanah tu abalong, tudung biru tu kaklong & bertudung hitam itu datin maimon. Abalong & kaklong tidak mempunyai sebarang hubungan lebih dari kawan. Jangan call Melodi suruh interview ye. Dan sebenarnya nama geng kitorang adalah GBS. Tapi oleh kerana kebanyakan dah pun berumah tangga, ni kira sub unit group GBS lah. Khas untuk yang single mingle gituh. Selepas selesai urusan check in kitorang singgah breakfast dulu. Maklumlah kali ni kitorang naik Malindo Air. So takde makan makan. 


Urusan check in yang pantas. Takde queue yang panjang macam AA. Tapi part jalan kaki ke gate tu dah semestinyalah jauh. Flight was quite full. Tapi the interesting part was the seat. Wider seat with extra legroom. Spacious enough for me. Kalau AA tu asal bukak meja je confirm sangkut kat perut yang ni tak haha. Dan bila tuan tanah kata exta luas dari AA, percayalah. Jangan cari size contoh lain daripada size tuan tanah ye. Lagi satu, each seat ada tv. Layan gak la movie untuk 2 jam. Tapi dorang tak provide earphone tau. So please bring yours.


Kitorang turun kat airport lama so nampakla airport tu agak usang gitu. Dan penuh dengan orang orang dia je untuk ke sekitar Indonesia. Time nak ambil bag kat conveyor tu agak kelakar. Untuk keluar dari tempat amik luggage tu ada pekerja akan check boarding pass. Sebab katanya ada kes beg hilang dicuri. Seriously? Nak gelak ada, nak buat muka serious pun ada. Sampai gitu sekali boleh jadi kat sana.


Kedatangan kami disambut supir yang kaklong dah settle kan. Kebetulan ada kenalan tempat kerja pernah kerja di Jakarta dan ada join business kecil kecilan dengan orang sana buat service supir. Supir jenis kita bayar kereta & supir sahaja. Kos lain macam minyak, tol, parking tu kita yang bayar on the spot. Ada gaklah kelemahan kat situ sebab kita tak sure berapa banyak nak put aside untuk kos tu semua.


Benda pertama kitorang request sama supir (which I dah lupa nama beliau) nak makan kat Restoran Sederhana. Yummy!!! Ayam rendang & begedil dia memang win kat tekak tuan tanah. Dan seperti mana mana restoran makan nasi padang, lauk dilambakkan sebanyak gini & korang pilih je mana korang nak. Dia hanya akan kira mana yang kita usik. Total lunch kami hari tu Rp300,000 untuk 5 orang.

Next kitorang mintak dihantar ke hotel dulu sebab masing masing nak bersihkan diri & solat sekali. Kitorang menginap kat Aston at Kuningan Suites Hotel. Slightly jauh sikit dari town Jakarta dan memanglah jem. Lagi haru bila supir pun tak tau hotel ni kat mana. Pusing pusing kat kawasan tu je sampai 2-3 kali. Korang tau la kan jem kat sana macam mana. Dekat sejam lebih juga la nak cari hotel ni. Rupanya dia bukan terletak ditepi jalan utama. So kalau naik public transport ni agak leceh lah. Lagi lagi takde plak teksi station kat depan hotel ni.


Ni tugas datin maimon. Dia yang survey survey apartment mana yang sesuai dengan hangan hangan kitorang tapi tak melampau harganya. Dapatlah Aston ni. 4 hari 3 malam untuk apartment 2 bilik berharga RM993. Nanti tuan tanah buat satu entry untuk hotel ni ye. Janganlah tanya dimana abalong ni tido. Haruslah di balkoni. kihkihkihkih.

Oklah. Bersambung nanti ye. Till then.

Wednesday, April 29, 2015

Hong Kong - Last Day

Lebih sebulan bertangguh entry Last Day in Hong Kong. Update tak, baca blog orang lain pun tak. Bertambah busy bila awal bulan April haritu ada pergi short trip ke negara jiran dengan Mimi. Macam biasa asal nak cuti je mengalahkan nak ambil cuti pergi haji. Dapat pula notice dari upper management suruh packing barang sebab nak renovate office. Mana nak kejar deadline kerja, nak sorting, nak packing. Sumpah! Kemas bilik sendiri pun tak serajin ni. Masuk je ofis semula pun tetap dengan aktiviti packing & loading. Tapi honestly lah, kalau tak pasal renovate ni, sampai ke sudah kami takkan tau ada berlambak documents zaman majapahit ada kat dalam almari tu. Imagine documents tahun 2000 pun ada lagi. Memang laju la tangan kami ni melantingkan. Tapi worry not, kakjem tetap tanya kabar kawan kawan blog kakjem even belum ada kesempatan baca belog dorang. Cewahh. Ke dorang yang kena dengar keluhan hati kakjem?

Ok back to the topic please. entry last day kami di Hong Kong selepas malam tu kami took turn untuk packing beg due to our spacious room. Hehe. Entry kat sini ye.

Since our flight was at 8.50pm, we woke up pretty late than usual. In fact Mimi pun dah beri sepatah dua pesanan kepada yang lagi dua orang tu untuk pandai pandailah bawak diri dan meet us back at the guesthouse around 4pm later. Since kitorang dah arranged untuk guna service transfer dari guesthouse ke airport, kitorang tinggalkan je beg kat receiptionist after checking out. 

Tanpa hala tuju kitorang berjalan je sekitar kawasan guesthouse. Masuk satu shopping mall kat area situ. Namanya i-Square. Khabarnya ada 8 tingkat untuk shopping sahaja & the rest ada hotel juga. Tapi pelik sikit susunan escalator & lift dia. Contoh tau: Dari ground floor ada escalator untuk naik ke atas tapi bukan ke  1st floor. Straight ke 2nd floor. Untuk ke 1st floor pandai pandai la cari escalator lain atau naik lift yang ada akan berhenti kat floor tu. Hah lebih kurang gitu lah. We ended up at Starbucks.  Konon nak cari floor yang ada banyak restaurants tapi memang sampai ke sudah tak jumpa.

Tak lama we all kat sini. Bergerak pula ke CKE shopping mall. Entrance dia lagi kelakar. Terus naik escalator. Betul-betul tepi Chung King Mansion. I highly doubt kalau orang perasan ke tak. Haha. Mall ni ala ala Pertama Kompleks atau tinggi sikit je level underground market kat area Myeongdong tu. A bit dodgy tapi barang cheaper. I even did upper lip threading here. Ala ala tak puas hati kenapa note hkd masih banyak. #orangadoado

Bila dah betul betul lapar baru start google kat mana nearest halal restaurant. And again we ended up kat Ebeneezer's macam masa kami naik Ngong Ping Cable Car sebelum tu 

Tapi kali ni terkejut tengok size restoran ni. Kecik & padat. Every space yang ada dorang ada takkan dibazirkan. Restoran ni pulak macam rendah dari jalan raya. So kena turun few steps of tangga dan kebetulan meja yang kosong untuk dua orang hanyalah betul betul tepi tangga. Rasa awkward & panic tengok style macam ni. Share table tu dah takla rasa pelik tapi dekat sangat. Kakjem besa oi.



Tapi kesedapan menu menu dia memang takleh sangkal. Memang kena dengan tekak kitorang. Ok la kan untuk last meal kitorang kat Hong Kong. After a while kitorang balik ke guesthouse, taxi pun dah ada. Terus ke airport dan perabiskan lagi hkd notes kat Disneyland punya kedai. hehehe.

Flight was on time. Penuh & panas. Kedekut gila pilot & pekerja dia semua. Aircond macam angin biasa je tanpa rasa sejuk. Hati pun agak panas selama 4 jam. Cubaan tidur gagal, cubaan tengok RM juga gagal sebab tak selesa. Melanguk je sampai sudah. Alhamdulillah selamat pergi dan selamat balik. 

To be honest, this trip was not one of my favourite trip but I'm glad I have made it. Bukanlah semua yang negatif datang dari kawan kawan yang baru join tu. Mungkin taste tak sama. Tujuan holiday tak sama & mungkin juga tuan tanah yang rasa extra annoyed bila dorang tak ikut plan yang dah dirancang awal. Improvisation gagal. Communication juga gagal.  Tapi ada je yang good memories spent with them. 


Nah kakjem tempek satu gambar kitorang bersama. kihkihkihkih

Rough total expenses spent kat Macau & Hong Kong (1 person)

Transportation: HKD223
Octopus Card + Reload: HKD150
Ferry Return Tickets: HKD322
Hotel in Macau: HKD305 for 1 night
Guesthouse in HK: HKD940 for 4 nights
Macau Tower: HKD135
Sim Card: HKD88
Entrances kat HK: HKD820 
Alas Perut: HKD638
Shopping: #entahberapabanyaktahkakjemperabis

Kalau exclude shopping, roughly expenses tuan tanah untuk trip tu dalam RM1500+. Berlebih pun since hari 2nd last day tu dah ada acara pulangkan balik duit masing masing. It depends pun sebenarnyakan. Ada orang tend to spend a lot while on vacation. Ada juga yang tak suka naik teksi while on vacation. Rela jalan kaki sepanjang 5km. kihkihkih. Dan ada  juga orang bawak luggage 6kg pergi Korea. Kalaulah ada first time yang nak pergi travel tu, dont hesitate. Spend within your budget tapi bersederhana. Sebab vacation ni memang seronok tapi tunggu la lepas balik, takkan nak makan keychain & fridge magnets ye tak? 

Have a good day everyone! xoxo


Wednesday, March 25, 2015

Hong Kong - Couchsurfing & Avenue of Stars

Ini sambungan dari cerita hati sebal tak dapat makan dimsum yang korang boleh baca kat sini


Malam selepas kejadian selepas dah ku pulangkan wang bersama kepada ahli ahli rombongan, tuan tanah & Mimi buat keputusan berjalan jalan disekitar Tsim Sha Tsui. Lagipun esoknya dah nak balik ke KL. So meh la jalan jalan tengok area guesthouse ni.

Kebetulan juga dah janji dengan kawan yang tuan tanah kenal dari Couchsurfing. Ahmoi ni yang bernama Becky janji nak bawa kami cuba satu coffee shop yang pretty famous kat Tsim Sha Tsui tapi maapkanlah tuan tanah sebab tak sempat nak tengok nama kedai tu. Tapi yang confirm cafe tu terletak didalam Mira Shopping Centre sederet dengan guesthouse kami duduk tu.

Macam macam gak kami bertiga borak. Dari topik lifestyle orang Malaysia & orang Hong Kong, topik hartanah & of course topic travelling. Yang paling hebat time ni hp tak tengok langsung. Macam rasa krik krik kalau nak keluarkan hp & amik gambar menu. Almost 2 hours jugak la kitorang borak & mujur english Becky ni agak mudah untuk difahami. Takde slang jinjang langsung. Masa nak balik tu, ada juga ambil gambar dengan Becky. Lepas dah bye bye kiss kiss sikit, macam biasalah duk pulun upload kat FB. Sekali Becky whatsapp minta jangan letak gambar dia. Salah diri sendiri jugak kan. Tak mintak permission. Teruslah delete & mintak maaf je lah mampu.



Lepas settle jumpa Becky, kitorang berdua berjalan menuju ke Avenue of Stars. Dekat je dari guesthouse kami. Cuma kalau tengok directions kat google, kebanyakan suruh turun ke bawah lalu jalan bawah tanah untuk lintas jalan kat area Sheraton Hotel tu. Tapi sebenarnya tak perlulah. 

Sampai je hujung bangunan Sheraton Hotel tu korang boleh lintas menuju ke Louis Vuitton / The Peninsula Arcade. Pastu korang lintas pulak jalan besar depan LV tu. Nanti dah boleh nampak dah directions ke Avenue of Stars. 



Kalau korang datang dalam jam 8pm ada Symphony of Lights. Tapi masa ni, kitorang memang sampai dah lewat dah. Cuma jalan jalan ambil angin malam. Masa ni kami memang tak bawa dslr bersama. Memang harapkan camera hp je lah. Tapi antara banyak banyak moment, moment ni la paling relax sekali. Borak berdua. Cerita tak cover cover & yang penting sekepala. Oh by the way masa ni the other 2 pun ada kat area sini. Memang doa je harap harap tak jumpa. Haha jahat sungguh.


Duduk duduk, tengok orang lalu lalang, makan sotong bakar, gossip pasal cerita korea, mengata pasal fashion orang sambil tengok pemandangan. Memang best. Sampailah tetiba hujan. Hahaha. Siotan sungguh. Kitorang sempat gak ambil gambar kenangan dari official photographer yang banyak buat stall stall kecil kat area situ. Saja la habiskan HKD. 

Dalam jam 11 macam tu kitorang balik ke bilik dan bermulalah acara packing barang. Mencabar sungguh sebab bila sorang packing, sorang lagi kena baring atas katil. Ha yang ni la yang payahnya duduk bilik kecik untuk kami yang berskala 3 hektar ni. Macam biasa haruslah Mimi takkan kacau kemenggelabahan keseteresan tuan tanah packing. 

Next nanti tuan tanah share our last day kat HK ye. Till next time!


Friday, March 20, 2015

Have Courage & Be Kind

Hi korang. Malam semalam tuan tanah berkesempatan menemani kawan menonton wayang. Dia beriya ajak temankan jadi to the cinema it is. Boleh kira sebenarnya berapa kali je tuan tanah pergi tengok wayang. Melainkan memang nak tengok sesuatu cerita tu. Kira memang hebatla kalau ada yang hobi tetiap minggu tengok wayang. Tiket je RM14. Belum kira popcorn & segala mak nenek jenis tidbits. Kihkihkih nampak tak refer pada diri sendiri sebenarnya?


Yes tuan tanah tengok filem Cinderella. Basically storyline dia sama je dengan fairy tale yang kita dengar dari waktu kecik. Tapi visually memang stunning. Dari casts, costumes, shooting locations (even tetiba teringat episode DJ kat NZ) semuanya menarik. Yang pasti ada few scenes jugaklah yang mata ni asyik masuk debu. Especially tengok scene berpisah pisah ni.

Untuk umur umur kanak kanak atau remaja sesuai la kita tanamkan sifat sifat positif macam si Cinderella ni. Mak dia ajar "always have courage & be kind" So Cinderella dah berjanji dengan mak nya walau apa pun jadi dia akan selalu berpegang pada tu. Kira sesuailah dengan tagline redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah lah kiranya. Haha. 

Tapikan bila level masuk umur 3 series macam tuan tanah ni, mula la memberontak. Apehal ko je asyik beralah? Apehal ko jadi orang gaji dalam rumah sendiri? Even kalau bukan rumah tu ko punya, tu kan mak bapak ko punya. Apsal pulak ko beralah dengan mak tiri & adik beradik tiri? Hahaha nampak tak punya syaitonnirrajim perasaan tuan tanah masa tengok filem ni. 

Yang pasti masa tengok ni, termeletakkan diri ditempat Cinderella tu tapi in a different  world lah. Realiti menjadi seorang Nazla. Terus cakap dengan diri sendiri. Always have courage & be kind. Kot kot lepas ni fairy godmother muncul terus bawak Yong Hwa nyanyi tepi telinga tuan tanah. Ha tak ke magical tu. Haha

Kepada sesiapa yang berkesempatan boleh la nak cuba tengok tapi janganla letak high expectation macam tetiba ada Thor muncul selamatkan Cinderella dari dibunuh oleh abang Owen Shaw. Pelik much? 

Happy weekend!!

p/s: Intro movie Cinderella ni ada sambungan Frozen tau. Cant wait for the next sequel

Wednesday, March 18, 2015

Hong Kong - Peak Tram, Madame Tussauds & Sky Terrace

Hi korang. Percayalah. Dah lama sangat entry ni duk dalam draft. Ada juga percubaan menhapdet blog via ipad, tapi bila dah 2 kali tercopy dan delete all, terus jadi stress. Tapi pape pun kita cuba habiskan ye. Maklumla orang lain dah pergi next vacay siap. Tuan tanah belom gak habis update cerita pasal HK.

Sambungan entry ni dari sini ye.

Pagi tu lagi sekali kami keluar awal untuk mengelakkan kesesakan beratur untuk naik tram untuk sampai The Peak. 

Dari guesthouse kami naik MTR seperti biasa dan keluar di Central Station Exit J2. Dari exit tu kitorang kena berjalan kurang 500meter untuk sampai ke station tram tu. Jangan risau sebab akan ada banyak signboard sepanjang untuk sampai ke tram station tu. Dan paling best bila tuan tanah nampak banyak bangunan bangunan pencakar langit macam kat bandar Kuala Lumpur sana tu. Side Hong Kong yang totally tak sama dengan side di Tsim Sha Tsui. Honestly walking 500 meter tu memang tak mendatangkan masalah, TAPI bila dia melibatkan nak mendaki ni, tertinggai pungkoq kan belakang wui. Memang 2-3 kali gakla tuan tanah berhenti mintak nyawa. Belom pape dah berpeluh keti. Ko ghase?


Tadaaaa~~ Finally dah sampai. Masa ni operating hour pun baru je buka & queue pun tak berapa panjang. We were lucky sebab dapat saved masa sebab dah beli ticket sesiap. Tinggal terus queue untuk naik tram je. Dan lucky juga sebab kitorang adalah barisan pertama untuk naik the next tram. 



Yay dah dapat naik after less than 10 minutes wait. Nampak tak uncle belakang ni? Si Ms N pi tunjuk la skill cakap mandarin yang dia belajar dari tengok tengok movies. Sekali uncle ni non stop bercakap tau. Style style uncle jumpa anak buah feveret gitu. Padahal bukannya si Ms N ni paham semua.


Sampai je atas, kitorang terus masuk Madame Tussauds. Jalan jalan sambil syok sendiri ambil selfie dengan retis retis kan.


Dah cakap kan. Tuan tanah feeling feeling artis. So memang kena sangat gambar ni kan. One of my favorite picture sepanjang trip ni. Mohon jangan muntah please. 

Memandangkan ni Madame Tussauds pertama yang tuan tanah pernah pergi, kegedikan untuk mengambil selfie dengan semua patung adalah sangat tinggi. Dah tak payah pakai kamera dslr bagai. Selfie cukup.




Ko ghase?

Lebih kurang sejam kot kami spent masa kat dalam ni, dan terus bergerak keluar untuk menikmati pemandangan dari Sky Terrace ni. 


Masa nak masuk ke sini Sky Terrace ni, ada pekerja akan beri satu gadget sebesar psp bersama headphone sekali. Dalam tu ada info pasal tempat tempat sekitar HK dalam bahasa inggeris. Tapi biasalah kami, pantang nampak kosi, kaki terus meminta rehat. Sambil duk godek godek gadget tu & menikmati pemandangan. Tapi masa ni pemandangan agar kabur. Tak terik tapi mata tak boleh buka luas. Tu dikira apa eh? Mengantuk? 



Leave your love note here. Ntah berapa banyak love note dah kakjem tinggalkan, Jo In Sung tetap belum officially hadir dalam diriku. #fliphair


Tapi memang lain rasa bila duduk kat tempat tempat tinggi ni tanpa berbuat apa apa. Takde beban. Takde masalah & tenang semacam bila tengok view macam ni. Ni baru tengok view macam ni, kalaula dapat merasa tengok view macam orang pergi New Zealand haritu, mau ajak datin pindah sana la kot. #sambiljelingDJ


Ha inilah kerja paling mengada tuan tanah buat & mujur Mimi nak layankan. Lepas je lepak lepak tu ternampaklah Bubba Gump & tekak mengada gila teringin nak makan feeling feeling dipuncak awan. Ko mampu?? Dulu kat Namsan Tower makan popcorn. Kali ni extra gedik tekak. Jangan tanyalah harga dia. Macam mana lah nak travel ala budget kalau selera macam naga tak makan 2 bulan.


Lepas beberapa jam kami turun untuk ke bawah semula. Beratur pulak dengan segerombolan budak sekolah bersama cikgu cikgi. Dan dalam masa yang sama ada 2 ke 3 mat saleh sekali tunggu dengan kami. Sebenarnya rimas juga tengok budak ramai ramai kan. Tapi harusla memasing fefeeling penyayang.  Perasan tak lelaki belakang tu? Tu je motif amik gambar dengan budak budak ni. Hingat Mimi nak sangat amik gambar dengan budak? Hahaha.

Sesudah sampai kat bawah, dalam itinerary memang dah plan sesiap nak naik taxi je ke Masjid Ammar And Osman Ramju Sadick Islamic Centre. Konon kononnya nak jimat masa & malas jalan. Since dah 4 orang. Berapa sangatlah charge kena kongsi kan. Kenapa nak ke sana? Sebab nak merasa la kan famous dimsum yang hebat diperkatakan tu. 

Bila jumpa je beberapa taxi driver, kebanyakan tanak pergi. Dan kalau ada yang nak pergi nak caj sampai HKD200. Dah dekat RM80+ duit kita. Kalau normal charge lebih kurang HKD80 macam tu je, tapi oleh kerana jalan kebanyakan tutup due to the protests tu apa lagi memang ambil kesempatanlah. Segala jenis info plan B pulak langsung tuan tanah tak check sebab memang dah plan nak naik teksi je. Masa tu dan dan la yang lagi dua orang tu sangsi untuk mengeluarkan bajet naik teksi tu. Mulanya nak juga usahakan naik train je. Sekali ada yang mempertikaikan perlu ke makan dimsum itu. Jadi kakjemah pasrah. 

Langsung off suasana. Terus decide untuk balik terus ke guesthouse. Dalam hati ni level sebal dia jangan ceritalah. Memang kempunan gila makan dimsum. Kesian orang yang di Malaysia yang terima whatsapp bertubi tubi dari tuan tanah. 

Agaknya Mimi tahu level kesebalan tuan tanah agak tinggi, terus dikabonya kat lagi dua orang jangan ganggu kitorang dua orang malam ni. Malam itu malam bebas. Ikut suka lah nak buat apa. In fact petang tu, dah ku pulangkan segala wang yang simpan bersama itu. Mungkin terikat kot bagi diorang. Diorang mahu lebih wang untuk berbelanja. Bukan macam kami yang suka jalan jalan cari makan. Lesson learnt. Bukan semua orang akan berlebih kurang & sama taste dengan kita. 


Malam tu hanya tuan tanah & Mimi. Kami ke Avenue of Stars. Next entry pulak ye. Bye!



Wednesday, March 04, 2015

I Love Weekend

Sabtu lepas tuan tanah berjaya meloloskan diri ke Sunway Pyramid berjumpa sorang kawan. Dah dekat 3-4 minggu cuba plan nak jumpa tapi mesti kena kensel last minute sebab komitmen tuan tanah sebagai artis anak mithali. Gituh. 

Lepas late breakfast dengan mi familia, tuan tanah bergerak ke tempat dituju. Sebenarnya agak marah gak kat kedai mamak tu. Konon nak light breakfast la since dah janji nak lunch dengan kawan kan. Bila ditanya ada indo mee ke tak, laju je mamak tu angguk. Sekali yang datang mee dari megi tu yang dikacau dengan kicap. Ko ghase? Putuih selero den. 

Sampai je Sunway Pyramid dalam jam 12.30pm walhal janjinya jam 2pm dan pertama kali rasanya tuan tanah tak guna janji melayu. Kebetulan sungguh bila terus dapat parking as soon as amik tiket parking. Pehhh dia punya feeling macam akan bertuah sepanjang tahun ko. Korang tau kan payahnya cari parking kat sini. Pernah sampai setengah jam pusing-pusing cari parking tau. 

Kalau zaman feelin feeling teenagers dulu selalu rasa loser kalau jalan sorang sorang even sementara tunggu kawan ke kan. Pergi toilet pun nak sekampung sekali pergi. Sekarang tidak lagi! Masa lapang tu daku penuhi dengan membeli dan membelek segala keinginan nafsu serakah kepala hotak ni. Puas hati sebab bila berjalan sendiri ni macam ibarat kita sedang berfikir. Tu sebab tuan tanah gemar nau pergi beli groceries sendiri so boleh belek macam macam & merehatkan emosi. Haha ok nampak tak level lonely dia tu? 


Dah penat jalan jalan, perut sudah tak boleh tunggu lagi. Nampak cafe Coffea Coffee. Dia adalah satu kedai yang menjual kopi premium yang agak hispter bila korang rasa Starbucks, Coffee Bean atau Gloria Jeans dah overrated. Kalau baca menu belakang cashier tu mau panik korang. Worry not. Tanya je barista itu. Diorang boleh suggest untuk korang. I had my ice caramel macchiato & red velvet. Woi orang kampung!! red velvet dia sedap woi. Tak manis. Rasa koko dia. Cheese dalam tu pun just nice. Tapi too bad cheese yang kat luar tu agak muak for my consumption. Mungkin pada peminat cheese rasa sedapla kot? #sambiljelingkatbibie

Ada gak 15mins duduk sorang, baru la kawan ni muncul. Well sebenarnya boleh dikatakan pangkat kawan / kakak juga la. Since dia kakak kepada Mimi. Single, baik hati, soft spoken tapi cerewet orangnya. Haha. Tu pasal kami tak bawak dia kalau pi travel. Sorry Angah!! hehehe. 

Dari cafe ni kami terus bergerak ke lokasi kedai makan yang mengikut tekak tuan tanah. Teringin katanya. Duk hari hari verangan je kan. So pi la pekena makan makanan dia sekali.


Tadaa!! I had spicy octopus bibimbap kat The Street Cafe dan of course tidak dilupakan pajeon yang disayangi. Sorry tak dan nak snap gambar pun. Dulu pun pernah gak ke sini & mujurlah sentiasa ada kawan yang sudi melayan tekak mengada ni. Tapi sampai sekarang tak tahu kat manalah nak dicari menu spicy octopus sepedas yang kat Myeongdong tu. Ada sesiapa boleh recommend?


Yang baju hitam tu la Angah. Lunch date tuan tanah. Tengah tengah makan si adik bongsu dorang kata nak datang join. Laju je sampai. Lepas tu Abang si Mimi pulak kata nak datang juga bawak isteri & anak. Sudah. Unplanned meet up betul. Padahal Mimi jauh kat Kuantan sana. Memang dah takde segan silu dah dengan adik beradik ni. Memang dah rasa macam family. In fact masa abang ni kahwin pun tuan tanah jadi penanggah tau. 

Memang rasa lain macam meriah tengok orang ramai adik beradik. Imagine Mimi tu ada 8 beradik. Belum campur ipar duai & anak anak buah. Tak terkejut sangatlah kan kalau beli souvenirs macam nak jual balik kat kolumpo. For me yang ada 2 beradik & dah biasa berkeluarga kecil, memang happening gila suasana rumah dorang ni kalau ada kenduri kendara. Tuan tanah tak rasa macam orang luar langsung bila pegi sana. Rindu pulak kat dorang hehehe. 

Belum pun habis makan kat sini tetiba tuan tanah teringatkan blog si DJ yang pergi makan DipNDip. Terus terliur. Imagine lah kalau dah bertahun dia bukak kat Malaysia. Sekali pun tak pernah rasa sebab asyiklah ramai orang queue. Terus ajak diorang pergi since kat kawasan The Street Cafe ni agak panas. Kesian baby tu tak tahan panas. Nak air cond je katanya. 


On the way jalan ke dipndip, ternampak kedai ni. Jipangi namanya. Sebijik! macam aiskrim yang tuan tanah makan kat Insadong dulu. Masa post gambar makan ice cream ni kat Insadong dulu, adala rupa macam kurang sopan. Kontroversi sebentar di FB padahal sumpah tak perasan rupa dia boleh menimbulkan unsur negatif. So kali ni agak berhati hati. RM6 untuk perisa vanilla & RM8 kalau nak mix with two flavors.

Setelah menunggu lebih kurang 10mins, kami dapat tempat kat dalam dipndip & terus decide order menu yang pretty famous among rakyat. Selalu kalau orang pergi, mesti order ni. Excited dia bukan main. Service pun cepat. Ok jom makan!!


First menu Brownies Crepe. Huiyoooo rasa dia. Masya Allah. Terasa di sorgaaaaaa. Patutlah sentiasa ramai orang kat kedai ni. Memang mantop! Tak sampai 10 minit memang licin. #mohonbibietakmaki


2nd menu was Chocolate Waffle. Ni pulak macam guna dark chocolate. Ni lagilah jatuh centa. Since memang suka dark chocolate. Manis dia memang berlemak. Pahit pahit tu masih terasa. Wei memang sedaplah dedua menu ni. Tapi pricey lah for me. RM28.90 untuk brownies crepe. Ko ghase? Tapi of course sedaplah. Bukan merepek merepek punya menu & untuk sekali sekala melayan tekak boleh lah. Lagi lagi Angah payung kali ni. Fuhh double sedap rasanya. 

Lepas makan semua makanan diatas, perut terus rasa sebu. Kepala jadi pening. Penuh & padat perut. Terus la ukur jalan untuk kurangkan rasa sebu ni sebelum cakap bye bye kat baby. Cranky tak sudah baby hari ni. Kesian pulak tengok ibu & walid dia duk pujuk pujuk.  


Sebelum balik tu, kami bertiga sempat la jalan jalan lagi sebelum semua balik ke pangkal jalan. I had a relaxing weekend with them. Rindu pulak kat Mimi. Hehehe. 

Oklah bye!!